Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

UTM Bangunkan Alat Pengesan...

JOHOR BAHRU : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan alat pengesan gempa bumi dinamakan...

APM N.Sembilan Selesai 1,039...

SEREMBAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan menangani 1,039 kes tangkapan...

Sanggup Bedah Kaki Untuk...

Rusia ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Ketika berusia 17 tahun,Alexander Transer bercita-cita menjadi seorang model namun...

GAMBAR: Ribuan Polis Terlibat...

Satoru Nomura, 67, ialah ketua kongsi gelap Yakuza Kudokai.Baru-baru ini beliau ditahan kerana...

Jasad Khoo Kay Kim Dikebumikan Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Jasad mendiang tokoh sejarawan dan ahli akademik Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, 82, dijangka dikebumikan di Nirvana Memorial Park (Nirvana) Shah Alam, Sabtu ini.

Anak sulungnya, Eddin Khoo, 50, berkata jasad mendiang bapanya tidak dibawa ke kediamannya di Petaling Jaya, sebaliknya dibawa ke Nirvana Sungai Besi dekat sini, untuk persiapan manakala upacara penghormatan dilakukan bermula Khamis hingga pagi Sabtu.

ā€œJasad mendiang akan diletakkan di Nirvana Sungai Besi bagi membolehkan anggota keluarga dan sahabat handai memberi penghormatan terakhir sebelum upacara pengebumian.

ā€œUpacara penghormatan terakhir juga dibuka kepada orang awam,ā€ katanya kepada pemberita di Nirvana Sungai Besi hari ini.

Beliau berkata upacara pengebumian akan bermula 10.30 pagi Sabtu ini.

Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, pada 10.13 pagi ini.


Mendiang yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga anak, Eddin; Rubin, 47; dan Mavin, 42.

Mendiang juga merupakan seorang daripada penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada 1969.

Kategori