Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Dia Hantar Gambar Terakhir...

KUALA LUMPUR - Isteri kepada Mejar Mohd. Zahir, Nourshafinar Harun sebak dengan pemergian...

Rindu Mengenang Suasana Masjidil...

ALUNAN lunak suara imam Masjidil Haram menggegarkan naluri para jemaah untuk merebut saf...

Hati Remuk… Mahu Pelaku...

PENYANYI Kaka Azraff tidak mampu menahan rasa marah terhadap dua individu yang menganiaya...

Video: Wira Hancur Dirempuh...

KUALA TERENGGANU - Penguna jalan raya yang melalui Jambatan Sultan Mahmud, di sini,...

Jumlah Eksport Malaysia Mac Jatuh 0.5 Peratus

KUALA LUMPUR – Jumlah eksport Malaysia pada Mac jatuh 0.5 peratus tahun ke tahun kepada RM84.05 bilion, mengatasi jangkaan konsenses untuk penurunan 3.4 peratus.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, prestasi eksport yang melebihi jangkaan itu menyebabkan lebihan dagangan sebanyak RM14.37 bilion, iaitu 2.2 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu, tetapi tinggi jika dibandingkan dengan unjuran penganalisis.

“Nilai keseluruhan import untuk Mac juga menguncup 0.1 peratus tahun ke tahun kepada RM69.68 bilion.

“Keseluruhan, aktiviti dagangan Malaysia pada bulan berkenaan jatuh 0.3 peratus tahun ke tahun kepada RM153.73 bilion,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sektor pembuatan, yang kekal sebagai eksport terbesar Malaysia, merupakan satu-satunya sektor yang mencatat pertumbuhan dengan berkembang 1.5 peratus tahun ke tahun kepada RM70.81 bilion manakala sektor pertanian dan perlombongan mengalami penguncupan berasaskan tahun ke tahun. – UTUSAN ONLINE

Kategori