Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

9 Lelaki Ditahan Ceroboh...

KLANG – Sembilan lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan dalam satu operasi bersepadu...

Piala Axiata: Keputusan Seri.....

KUALA LUMPUR - Berikut keputusan separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 di...

AS Batal Dana AS$25...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) bercadang memutuskan bantuan bernilai AS$25 juta (RM103.8 juta)...

213 Orang Masih Ditempatkan...

KUCHING - Seramai 213 mangsa masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Sarawak...

Jurutera JKR Direman Rasuah Cat Jalan Dapat Kayu Golf

SHAH ALAM – Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan sogokan tujuh kayu golf bernilai RM1,990 diterimanya pada Mac lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu dikeluarkan kira-kira pukul 11.30 pagi oleh Majistret Rini Triany Muhamad Ali di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pukul 10.40 pagi memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari.

Dia sebelum itu ditahan pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Menurut sumber, suspek didakwa menerima kayu golf berkenaan pada 15 Mac lalu daripada seorang kontraktor sebagai balasan untuk mendapatkan tender kerja penyelenggaran jalan di sebuah daerah di Selangor.

“Kontrak berkenaan melibatkan kerja-kerja mengecat semula garisan jalan yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Kategori