KOTA BHARU – Kakitangan Kerajaan PAS Kelantan akhirnya mendapat berita gembira yang ditunggu-tunggu mereka mengenai bonus raya tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hari ini mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak RM500 seorang kepada 6,600 kakitangannya, membabitkan peruntukan berjumlah RM3.3 juta.
Beliau berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu akan dibuat seawalnya minggu hadapan.
āKita putuskan memberi bonus raya sama seperti negeri lain.
āSama dengan tahun lepas juga kita akan beri RM500 seorang melibatkan RM3.3 juta keseluruhan,ā katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Dalam masa sama, Ahmad turut mengumumkan diskaun sehingga 70 peratus kepada denda cukai tanah yang tertunggak bermula hari ini sehingga penghujung tahun ini.
ā(Cukai) yang asas itu memang kena bayar tetapi kita bagi diskaun untuk denda yang menjadi punca orang tidak bayar cukai tanah.
āTahun lalu kita bagi tawaran diskaun ini sebulan sahaja tetapi tahun ini, kita bagi peluang untuk rakyat dapat diskaun ke atas denda cukai tanah mereka sehingga hujung tahun ini,ā katanya. – UTUSAN ONLINE