Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Komited Tingkat Penjagaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk memupuk perkongsian awam-swasta yang lebih baik dan...

Video: Reaksi Anak Bila...

ALAHAI.. kelakarnya reaksi anak-anak mat salleh ini bila dapat tahu ibu bapa mereka...

LHDN Beri Penangguhan Bayaran...

KUALA LUMPUR : Atas dasar prihatin, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi penangguhan...

3 Pengarah Gagal Cabar...

KUALA LUMPUR - Tiga Anggota Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) hari...

KWAP Boleh Tolak Cadangan Pinjaman SRC International

KUALA LUMPUR – Panel Pelaburan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) akan menolak pinjaman yang dicadangkan sebanyak RM3.95 bilion kepada SRC International Sdn. Bhd. jika mereka mempunyai pilihan.

Bagaimanapun Bekas Naib Presiden KWAP (Jabatan Pendapatan Tetap), Amirul Imran Ahmat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, kenyataan itu cuma pendapat peribadinya sahaja.

Saksi ke-29 kes perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Datuk Seri Najib Razak, Harvinderjit Singh.

Amirul Imran turut bersetuju beliau tidak boleh bercakap bagi pihak panel pelaburan KWAP.

“Panel akan menolak jika mereka mempunyai pilihan,” katanya pada kes perbicaraan yang memasuki hari ke-14 hari ini.

Sementara itu, suasana bertukar ceria seketika apabila Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff meminta Amirul Imran untuk mengenal pasti bekas pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil.


Orang ramai dalam galeri ketawa apabila foto Nik Faisal diserahkan kepada saksi yang pernah bekerja di KWAP itu.

Difahamkan sehingga kini, bekas pengarah itu tidak dapat dikesan di mana berada oleh pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

Kategori