Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sokong Pelan Tambah Keanggotaan...

PEKAN - Anggota UMNO Pahang perlu menyokong dan melaksanakan pelan yang dirangka Biro...

Air Pasang Paras Tertinggi,...

KUALA SELANGOR - Penduduk sekitar Kampung Tok Muda Kapar dan Pantai Remis Jeram...

PM Curi Tumpuan Pada...

PEKAN - Seorang murid Tahun Dua Sekolah Rendah Paloh Hinai di sini menarik...

Pembeli Equanimity Boleh Runding...

KUALA LUMPUR - Pihak yang berminat untuk membeli kapal mewah Equanimity milik ahli...

KWAP Tidak Tergesa-Gesa Lulus Pinjaman SRC

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi diberitahu Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) tidak tergesa-gesa untuk meluluskan permohonan pinjaman RM3.95 bilion daripada SRC International Sdn. Bhd.

Bekas Naib Presiden KWAP (Jabatan Pendapatan Tetap), Amirul Imran Ahmat ketika pemeriksaan balas menjelaskan, beliau telah menyediakan kertas kerja untuk panel pelaburan KWAP mengenai pinjaman SRC International pada Julai 2011.

Saksi ke-29 itu itu menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh sekiranya terdapat gesaan untuk meluluskan pinjaman dengan segera tetapi KWAP tidak berbuat demikian.

Harvinderjit turut bertanya KWAP boleh menangguhkan permohonan pinjaman dan membuat keputusan untuk meluluskan pinjaman itu kemudian.

Amirul Imran bersetuju dengan soalan itu pada perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan sebanyak RM42 juta dana SRC International yang memasuki hari ke-14 hari ini.

Semalam, bekas pegawai KWAP itu memberi keterangan apabila diperiksa oleh pihak pendakwa bahawa beliau berasa tekanan dan tergesa-gesa ketika menguruskan permohonan pinjaman SRC International.

Sementara itu, pertengkaran kecil berlaku antara Harvinderjit dan Amirul Imran berhubung dokumen yang diberikan kepada panel pelaburan KWAP mengenai pinjaman SRC International.

Ini kerana Harvinderjit berulang kali menyatakan kepada Amirul Imran bahawa pinjaman untuk SRC International adalah cadangan yang dibuat oleh Jabatan Pendapatan Tetap KWAP.


Bagaimanapun, Amirul Imran menafikan dakwaan peguam itu dan menjelaskan dokumen itu hanya disediakan kepada panel pelaburan KWAP untuk membincangkan dan mempertimbangkan.

Amirul turut memberitahu mahkamah bahawa jika dokumen itu sememangnya satu cadangan, ia akan mengandungi tujuan secara langsung.

Tindakan Harvinderjit yang terus menekan saksi membuatkan Amirul Imran memberitahu peguam itu agar memberikan dirinya peluang untuk menjawab.

“Anda tanya kepada saya soalan dan beri peluang saya jawab,” kata Amirul Imran.

Bagaimanapun, peguam itu terus mengulangi tuntutannya dengan bertanya sama ada pinjaman itu dicadangkan oleh Jabatan Pendapatan Tetap KWAP dan Amirul Imran menjawab tidak. – MalaysiaGazette

Kategori