Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Cara Jalan Pelik ‘Kantoikan’...

HO CHI MINH CITY - Taktik seorang lelaki cuba menyeludup 18 burung pipit...

2 Lelaki Ditahan Polis...

ALOR SETAR - Dua lelaki ditahan polis dalam serbuan berasingan kerana memiliki selaras...

Kolam Renang Paling Dalam...

WARSAW - Poland bakal membuka kolam renang paling dalam di dunia yang mempunyai...

Suri Rumah Jana RM1,000...

KANGAR - Siapa sangka dengan mengambil keputusan berhenti kerja sebagai penjawat awam pada 2012...

KWSP Beli Bangunan Ibu Pejabat Sports Direct Di UK

LONDON – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan membeli bangunan ibu pejabat Sports Direct International Plc. di United Kingdom (UK) bernilai 120 juta pound (RM640 juta).

Menurut laporan The Sunday Times yang memetik sumber, Sports Direct yang dikuasai jutawan Mike Ashley berkata, pada 17 Mei lalu pihaknya mengadakan rundingan peringkat akhir bagi tujuan penjualan hak milik bebas ke atas hartanah miliknya itu di Shirebrook, di tengah England, termasuk kompleks gudang dan pusat pengedaran, kepada KWAA Logix Sportivo Ltd.

The Times melaporkan bahawa KWSP adalah pemilik KWAA Logix Sportivo.

Peruncit sukan dari UK itu juga berkata, apabila perjanjian itu dimuktamadkan, ia akan memajak hartanah di Shirebrook itu bagi tempoh 15 tahun dan mengendalikannya sebagai pusat pengedaran, pejabat dan perniagaan runcit seperti biasa. – Agensi

Kategori