Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tony Pua Didesak Berundur...

BUKIT MERTAJAM - Anggota Parlimen DAP, Tony Pua didesak supaya berundur daripada menjadi...

Taufan Doksuri: 9 Maut,...

HANOI - Sembilan orang maut manakala empat lagi hilang sejak taufan Doksuri melanda...

Bapa Durjana Tergamak Rogol...

Alor Gajah: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki memperkosa dan melakukan amang seksual...

Bai’ah PAS Perjudikan Perkahwinan,...

KUALA LUMPUR - Kebelakangan ini kerap kedengaran rungutan dan persoalan berhubung sumpah bai'ah...

Lantikan Menteri Bukan Campur Tangan Politik

JERLUN – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menganggap lantikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di dalam syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Pertubuhan Peladang sebagai satu bentuk campur tangan politik.

Beliau yang juga Menteri Besar sebaliknya meminta semua pihak melihat perkara itu sebagai usaha kerajaan untuk mentranformasi Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Katanya, hal demikian kerana dalam kalangan ahli politik pun terdapat pakar dalam bidang pertanian.

“Kita tidak boleh elak bahawa dalam MADA pun ramai ahli politik sejak dahulu lagi. Kita pun tidak kisah fahaman politik masing-masing asalkan kita mempunyai matlamat sama (memajukan MADA),” katanya yang juga Pengerusi MADA.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA yang dihadiri lebih 1,000 orang daripada pelbagai peringkat kepimpinan Peladang di kawasan agensi itu di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas bantahan kesemua 42 PPK yang menaungi 100,000 orang petani di negeri ini terhadap pindaan komposisi ahli jemaah pengarah pertubuhan itu yang dianggap satu bentuk campur tangan politik, pada 29 April lalu.

Campur tangan itu turut dilihat bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang tidak mahu melibatkan orang politik dalam mana-mana GLC.


Pada majlis tersebut turut diadakan penyampaian 11 anugerah iaitu antaranya PPK Cemerlang 2018, Pusat Belian Padi Terbaik 2018 dan Unit Pertanian Kecil Terbaik 2018.

Mukhriz seterusnya meminta ahli-ahli Peladang supaya, melihat pindaan perlembagaan ke arah positif.

“Bila kita hendak buat perubahan, kadang-kala kita terpaksa meminda sesuatu Perlembagaan (Peladang dan MADA) supaya lebih kondusif dan menghalang usaha ini,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Kategori