Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tingkat Kawalan Di Perairan...

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di perairan negara dipertingkat bagi mencegah sebarang kehadiran...

23 Kes Varian Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan penularan 23 kes varian baharu COVID-19...

Liwat: 500 Penyokong Saiful...

PUTRAJAYA:  Kira-kira 500 penyokong hadir secara berperingkat bagi menyatakan sokongan terhadap mangsa pertuduhan...

Aishah Suspek Ke-2 Bunuh...

KUALA LUMPUR: Identiti suspek wanita kedua yang ditahan polis pada Khamis berhubung kes...

Lebih 5,000 Hadir Ke Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019

PUTRAJAYA – Lebih 5,000 pekerja terdiri daripada sektor perkhidmatan awam dan swasta hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 yang pertama kali di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

Bertemakan ‘Pekerja Amanah, Aspirasi Negara’, sambutan kali ini berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beliau dijangka menyampaikan amanat di hadapan para pekerja.

Menurut Kenyataan Kementerian Sumber Manusia, pelbagai inisiatif telah diperkenal dan dilaksanakan kerajaan untuk membangunkan pasaran buruh negara termasuk memperkasa tenaga kerja warga tempatan.

Untuk memastikan inisiatif ini berjaya dilaksanakan secara berterusan, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia mengamalkan prinsip tripartisme yang melibatkan kerjasama kerajaan, pekerja dan majikan.


Usaha itu bagi memastikan penyelesaian ‘menang-menang’ antara pemegang taruh. – UTUSAN ONLINE

Kategori