Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MRT Fasa Pertama Mula...

KUALA LUMPUR - Fasa pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai...

Tiada Anehnya.. Langit Haramain...

Sehari dua ini, cerita langit di tanah haram, Mekah menjadi buat mulut dan...

Penuntut IPT Diminta Kekal...

SEMUA penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) diminta kekal berada di tempat masing-masing sepanjang...

Mayat Lelaki Ditemui Di...

KUCHING - Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada perangkap sampah di bawah Jambatan...

Mahathir Nafi Ekonomi Negara Teruk

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan ekonomi negara berada dalam keadaan teruk hingga pelabur global ‘hilang sabar’ dan mencari peluang pelaburan di negara lain.

Perdana Menteri menegaskan, dakwaan seperti dilaporkan media antarabangsa tidak berasas, sebaliknya Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah negara yang mesra pelabur luar.

“Kita bergantung kepada laporan media, kita mendapat markah tinggi sebagai negara yang bagus untuk pelabur, tetapi ada ‘pakar yang hebat’ kata Malaysia teruk seolah-olah sedang berperang.

“Media kena melaporkan perkara yang betul, jangan lapor berita palsu,” katanya kepada media selepas melancarkan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dan Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media antarabangsa kononnya pelabur global ‘hilang sabar’ terhadap Malaysia dan selesa mencari peluang pelaburan di negara lain.

Menurut laporan Bloomberg, dana global tidak berminat dengan Malaysia seterusnya memihak kepada pasaran lain dengan saham mencatat pengaliran keluar hampir dalam kesemua 12 bulan yang lalu.


Terdahulu, dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, dalam laporan Ease of Doing Business Report 2019 oleh Bank Dunia, kedudukan Malaysia melonjak dari tempat ke-24 kepada kedudukan ke-15 dalam kalangan 190 negara.

Kedudukan itu, katanya, meletakkan Malaysia mengatasi beberapa negara maju seperti Perancis (tangga ke-32), Switzerland (ke-38) dan Jepun (ke-39).

“Kita juga berada pada kedudukan keenam di Asia Pasifik selepas New Zealand, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan,” katanya. – BH Online

Kategori