Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peletakan Jawatan Syed Zaid,...

KUALA LUMPUR : DAP meminta penjelasan Perdana Menteri dan Peguam Negara mengenai peletakan...

Dos Pertama, Kedua Jenis...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan memberi dos pertama dan kedua daripada jenis yang...

Sistem Biometrik Dilaksana Pantau...

JOHOR BAHARU - Arab Saudi melaksanakan sistem biometrik ke atas jemaah haji musim...

Padah…Pemuda Maut Mengintai Bini...

Gara-gara berang melihat seorang lelaki yang sedang mengintai isterinya, seorang suami berserta rakan-rakannya...

Mahathir Pertahan Staf Lantikan Politik

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menafikan bahawa pegawai lantikan politik mengganggu tugas-tugas penjawat awam ketika ini.

Sebaliknya, Dr. Mahathir berkata apa yang berlaku hanyalah perselisihan pendapat antara pegawai dan penjawat awam yang mungkin terjadi ketika proses mereka melaksanakan tugas.

“Tidak ada yang mengganggu, kadang-kadang ada percanggahan pendapat, jadi dia (pegawai lantikan politik) tegur.

“Itu bukan mengganggu, cuma perselisihan pendapat,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Sinar Harian berhubung laporan yang diterima Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda bahawa terdapat aduan staf lantikan politik mengganggu tugas penjawat awam.

Katanya, jika situasi itu berterusan, dibimbangi akan menjejaskan pelaksanaan dasar yang ditetapkan kerajaan untuk dilaksanakan demi rakyat.


Beliau berkata, sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah, sehingga hari ini pihaknya masih menerima aduan-aduan mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, Cuepacs bimbang dasar yang diputuskan kerajaan tidak akan sampai ke bawah dengan sikap beberapa individu ini.

Beliau berkata, jika ini berlaku, proses untuk kerajaan mencapai sasaran kerajaan baru akan terlambat. – Sinar Harian

Kategori