Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Isteri Keith Foo Hamil...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon kacak pujaan ramai, Keith Foo dan isteri, Kim Raymond...

Polis Jejak Suspek Pecah...

DUNGUN - Polis meminta bantuan orang ramai agar dapat menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya...

Microsoft Melancarkan Office 2016...

MICROSOFT baru sahaja melancarkan Office 2016 untuk Windows, sekaligus membawakan perisian pejabat versi baru...

Keluarga Sangat Sedih Kehilangan...

ISLAMABAD: Keluarga kepada pasangan anak-beranak British-Pakistan yang maut dalam kapal selam pelancong Titan,...

Mana Janji 100 Hari PH Wujudkan RCI?

MANTAN perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertikaikan kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Suruhanjaya Siasaran Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal membabitkan 1MDB, Felda, Tabung Haji dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Najib berkata, sehingga kini selepas setahun mentadbir Putrajaya, RCI yang dijanjikan dalam tempoh 100 hari pentadbiran seperti terkandung dalam manifesto pakatan itu masih belum dilaksanakan.

“Tetap genap setahun, tidak ada 1 RCI untuk semua ini diadakan. Rakyat hanya dapat adalah cerita rekaan dan kertas putih dari pihak mereka.

“Tanpa sebarang peluang untuk pihak dituduh menyangkal atau menjelaskan. Sebaliknya, mereka berulang-kali menolak cabaran dari BN untuk mengadakan RCI bagi semua ini,” katanya di Facebook semalam.

Najib berkata, selain gagal menubuhkan RCI, PH masih tidak mendedahkan beberapa perkara lagi termasuk laporan hasil audit firma bebas, PriceWaterhouseCoopers (PwC) yang dikatakan siap sejak Julai tahun lalu.

“Kerajaan PH juga bekukan siasatan 1MDB dilakukan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) walaupun ia diluluskan di Parlimen pada Julai tahun lepas,” katanya.

Bukan itu sahaja, PH juga masih tidak memaklumkan apakah terjadi dengan perjanjian syarikat milik Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dibatalkan atau apakah usaha dilakukan syarikat berkenaan untuk lakukan bayaran balik kepada negara.

“Walaupun sudah 7 bulan, kita tidak dimaklumkan apa sudah terjadi dengan pembatalan perjanjian IPIC atau apa usaha yang sudah atau sedang dilakukan untuk IPIC membayar balik.


“Pegawai-pegawai teratas IPIC yang terbukti menerima wang dari 1MDB juga tidak disiasat oleh kerajaan PH,” katanya.

Bukan itu sahaja, katanya, sejak PH mentadbir masih tidak ada syarikat audit yang didakwa pihak berkuasa kerana bersalah dalam memalsukan akaun. Serta, tidak ada syarikat guaman yang terlibat dengan 1MDB didakwa kerana memalsukan perjanjian dengan IPIC.

“Kes 1MDB terhadap saya ditangguh 3 kali oleh pihak kerajaan PH dan hanya akan bermula bulan September ini jika tidak ditangguhkan lagi. Ini bermakna genap 1 tahun selepas PRU14, rakyat masih tidak dapat cerita menyeluruh untuk 1MDB walaupun dianggap isu terbesar.

“Tidak ada RCI. Tidak ada PAC. Tidak ada laporan audit. Tidak ada cerita sebenar yang menyeluruh. Kenapa? Takkan alasan mengapa janji 100 hari ini tidak dapat ditepati juga adalah “sebab hutang negara RM1 trilion?” soalnya. – FMT

Kategori