Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Perbincangan Dengan Najib ‘Agak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata beliau...

Pekerja Asing Dilindungi PERKESO...

PUTRAJAYA - Kabinet memutuskan untuk meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah...

Cemburu, Sakit Hati Punca...

Johor Bahru: Motif pembunuhan Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmila Samsusah, 32, adalah...

Mangkhut: Tiada Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam...

Mayat Wanita Warga Emas Dijumpai Di Dalam Semak

IPOH – Mayat seorang wanita warga emas dengan beberapa kesan luka ditemui di kawasan semak berhampiran sebuah kondominium di Bercham di sini hari ini.

Difahamkan, mayat tersebut ditemui seorang wanita yang melihat objek menyerupai manusia dari tingkat 10 rumahnya di kondo berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, pemeriksaan segera dilakukan di lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 2.30 petang.

“Mayat tersebut merupakan seorang wanita yang dianggarkan berusia lewat 80an dan masih lengkap berpakaian.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan darah, calar dan luka di anggota badan mangsa. Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Mohd. Ali, polis juga tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri bersama mangsa dan di sekitar lokasi kejadian.


“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Katanya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi balai polis berdekatan atau datang ke Jabatan Forensik HRPB bagi proses pengecaman. – K! ONLINE

Kategori