Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Mara: Siasatan 5...

KUALA LUMPUR : Siasatan mengaitkan isu integriti dan salah guna kuasa lima pegawai...

Kerjasama UMNO & PAS...

TANAH MERAH - Kerjasama antara UMNO dan PAS dalam aspek perpaduan ummah perlu...

Gaji Pemain TRW RM816,000...

KUALA LUMPUR - Penaja The Red Warriors (TRW), Tan Sri Annuar Musa kecewa...

Dua Guru Tadika Ditahan...

MELAKA – Dua guru tadika ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes video...

Mujahid Cadang Tukar Nama Jalan Di Brickfields

KUALA LUMPUR – Kepelbagaian rumah-rumah ibadat di Brickfields mendorong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa untuk mencadangkan supaya salah satu jalan di situ diberi nama Jalan Harmoni.

Untuk itu, katanya, beliau akan bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad untuk membolehkan nama Jalan Harmoni diisytiharkan sebagai simbolik perpaduan rakyat.

“Saya sangat mengharapkan nama Jalan Harmoni dapat diberikan di kawasan ini, seperti di Pulau Pinang di mana ada satu jalan, lebih kurang 1 kilometer, sama macam di kawasan ini ada gereja, kuil, tokong dan masjid.

“Ia akan menterjemahkan cita-cita kita untuk mengekalkan keamanan antara kaum dan agama. Ini menjadi contoh di Malaysia kita dapat hidup aman di sebalik perperangan di sana sini atas nama agama,” katanya dipetik dari portal FMT.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran dana untuk surau Madrasatul Ghoutiyyah di Brickfields.

Majlis turut dihadiri ketua-ketua rumah ibadat Buddha, Hindu, Taoist dan Kristian.

Menurut Mujahid, majlis berbuka yang dihadirinya itu merupakan satu contoh berbuka yang sangat digalakkan di mana semua dapat hadir bersama bagi meraikan bulan kerohanian.


“Ia boleh membawa mesej kedamaian dan keamanan,” katanya.

Mengenai kempen kutipan dana itu, pengerusi surau, Anwar Hussein berkata Madrasatul Ghoutiyyah memerlukan RM5 juta untuk membina bangunan tambahan setinggi 3 tingkat.

Beliau berkata binaan itu juga akan membolehkan suraunya memuatkan lebih ramai jemaah solat Jumaat.

“Kita akan buka tabung derma ini selama setahun dan kalau dalam tempoh itu kita dapat capai RM3 juta, projek ini akan dimulakan,” katanya.

Kategori