Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pasangan Orang Asli Tinggalkan...

MARAN - Kegigihan sepasang suami isteri Orang Asli untuk menyara keluarga, menyebabkan mereka...

Operasi Cari Kapal Karam...

JAKARTA: Operasi mencari kapal KM Sinar Bangun yang dipercayai tenggelam bersama lebih 100...

Tiada Penipuan Pengiraan Harga...

GEORGE TOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menegaskan tiada...

Anak Diserang Sawan, JPJ...

"TERIMA kasih abang JPJ…" Itulah yang dapat diucapkan oleh seorang bapa ketika anaknya...

Nahas DUKE: Tangisan 2 Anak Yatim Tarik Perhatian

KUALA LUMPUR – Tangisan dua anak yatim memecah kesepian perkarangan Mahkamah Tinggi di sini kerana selama kira-kira empat tahun turun naik mahkamah, akhirnya pertikaian hak penjagaan (hadanah) mereka yang kematian ibu bapa dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Mei 2015 ternoktah jua.

Ia ekoran Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan hak penjagaan Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 11, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 8, diberikan kepada ibu saudara mereka, Yusnidah Hussain selaku pihak plaintif.

Hakim Syarie Zaim Md. Yudin memutuskan demikian selepas mendengar keterangan saksi pihak plaintif dan defendan serta mengambil kira keterangan dua beradik tersebut.

Hakim tersebut turut memutuskan hak lawatan kepada nenek mereka, Wirda Syamsuddin (defendan) iaitu setiap cuti sekolah dibahagikan kepada dua iaitu separuh pertama kepada pihak plaintif manakala bakinya diberikan kepada defendan.

“Cuti perayaan pula adalah mengikut giliran setiap tahun secara berselang seli dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini bersama plaintif manakala tahun depan bersama defendan,” katanya.

Pada 11 Ogos 2015, Yusnidah, 51, diberi hak penjagaan sementara ke atas dua kanak-kanak berkenaan.


Yusnidah memfailkan permohonan hadanah pada 2 Jun 2015 mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan menamakan Wirda sebagai defendan namun pada 22 Mac 2018, Wirda, 56, telah memfailkan notis permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah kerana tidak bersetuju dengan keputusan hakim untuk memanggil dua kanak-kanak tersebut memberi keterangan.

Permohonan itu dibuat selepas pihak defendan bimbang wujudnya bias (berat sebelah) sekiranya kanak-kanak itu memberi keterangan memandangkan mereka kini dalam jagaan sementara ibu saudara mereka.

Dalam kejadian 2 Mei 2015, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan, maut dalam nahas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Kategori