Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Kurung Anak Dalam...

Sweden – Selepas 10 tahun dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar,...

Katy Perry Dibayar RM107j...

BINTANG pop antarabangsa, Katy Perry dikhabarkan menerima bayaran AS$25 juta (RM107,325,000) hanya untuk...

Dituduh Bocor Rahsia Kerajaan...

PETALING JAYA – Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor...

3 ‘Superman’ Tunggang Motosikal...

PADAH tiga penunggang motosikal beraksi ala ‘Superman’ di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah...

PDRM Terkilan Peraturan Baharu Cermin Gelap

KUALA LUMPUR – Nampaknya Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkilan dengan langkah terbaharu Kementerian Pengangkutan dalam cermin gelap.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menghormati peraturan baru yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Bagaimanapun pihaknya berpendapat tugas polis dalam penguatkuasaan akan menjadi sukar disebabkannya.

“Pihak polis sebelum ini tidak pernah dipanggil bagi membincangkan berhubung peraturan baru ini. Saya berasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita,” katanya seperti laporan media semalam.

Sementara itu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak juga membidas langkah Anthony.


“Menteri DAP tak bincang dengan pihak polis sebelum membuat keputusan yang melibatkan isu keselamatan?

“Depa nak kutip RM5,000 setiap kereta. Isu keselamatan tolak ke tepi?” soalnya dalam laman sosialnya malam tadi. – MalaysiaGazette

Kategori