Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

TH Nafi Ringgit Tak...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang...

Tergamam Lihat Rakan Tercampak...

LUMUT - Seorang saksi kejadian letupan bot tempur yang membabitkan lapan anggota polis...

‘Andai Terluka, Ingat Janji-Nya’...

SIAPA yang tak kenal dengan Safiey Ilias?Seorang pengasas produk kecantikan yang mengejutkan ramai suatu...

PM Serah 10 Tan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 10...

Peguam Undur Diri: Najib Desak Kerajaan Jelaskan

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memberikan penjelasan susulan penarikan diri peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan bomba daripada inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tindakan saat akhir itu tanpa sebab yang kukuh, menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak suatu perkara yang serius.

Ketelusan dalam perkara ini, tambah beliau, amat mustahak apatah lagi melibatkan keterangan saksi yang memberikan teori bahawa Muhammad Adib cedera parah akibat perbuatan perusuh yang menghentam daun pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Kerajaan PH mesti menjelaskan kenapa peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Bomba tiba-tiba menarik diri di saat terakhir.

“Peguam diupah kerajaan PH tarik diri tanpa memberi sebarang sebab. Beliau hanya suruh wartawan rujuk kepada Menteri.

“Ini kerana penarikan diri peguam itu juga bermaksud testimoni dari saksi pakar Forensik dari UK yang membantah teori dua ahli pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan jatuh dari kenderaan juga terbatal. Ini kes berat. Ketelusan mesti diutamakan,” katanya menerusi Twitter.

Najib berkata demikian sebagai reaksi terhadap pengumuman peguam KPKT serta JBPM, Syazlin Mansor menarik diri daripada prosiding yang sepatutnya berlangsung sebagai hari ke-37 inklues tersebut pada hari ini.


Keputusan peguam itu diumumnya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad yang mengendalikan inkues sejak 11 Februari yang lalu, dalam masa yang sama saksi pakar yang dirujuk pihak itu Profesor Dr Shahrom Abd Wahid secara langsung turut menarik diri.

Bagaimanapun Mahkamah Koroner berkata, keputusan sama ada akan memanggil semula saksi ke-29 itu sekali lagi hanya akan diumum pada 26 Jun nanti.

Inkues ditubuhkan selepas Muhammad Adib, 24, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lepas di Institut Jantung Negara. – MalaysiaGazette

Kategori