Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Zakir Tak Dibenar Ceramah...

KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Dr. Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah di...

EPL: Saya Perlu Lebih...

LONDON - Louis van Gaal membalas kritikan atas permulaan hambar Manchester United di...

Budak 2 Tahun Terperangkap...

NILAI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris sesak nafas setelah terperangkap...

Eric Paulsen Dibebaskan Dengan...

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kes peguam Eric Paulsen yang menuduh Jabatan...

Pelayaran Keluar Equanimity Tidak Diiringi Polis Marin

LANGKAWI – Kapal mewah Equanimity yang dijual kepada Genting Malaysia Bhd. atau syarikat tujuan khas (SPV) milik syarikat itu pada harga AS$126 juta (RM514 juta) disahkan telah berlayar keluar dari jeti Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Langkawi di Bukit Malut di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kapal mewah tersebut
berlayar keluar menuju ke Singapura kira-kira pukul 2 petang.

“Pergerakan kapal adalah tanpa diiringi Pasukan Polis Marin kerana ia telah dimiliki sepenuhnya oleh Genting Malaysia Berhad.

“Kapal itu bukan lagi aset kerajaan Malaysia yang diletakkan di bawah kawalan Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kapal mewah berkenaan berlayar dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Langkawi pada November tahun lalu untuk ditempatkan di Mawilla 3 Pangkalan TLDM.


Kosmo! pada 4 April lalu melaporkan kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho atau Jho Low akhirnya dijual kepada Genting Malaysia Bhd. atau SPV milik syarikat itu pada harga AS$126 juta (RM514 juta).

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, penjualan kapal itu telah mendapat kelulusan Mahkamah Admiralti bagi menerima tawaran Genting Malaysia untuk membeli Equanimity mengikut terma dan syarat Syerif. – K! ONLINE

Kategori