Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TMJ Tiba Di Istana...

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, dilihat memasuki di...

Demam Denggi: Kuantan Catat...

KUANTAN - Daerah Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi di Pahang, iaitu sebanyak...

19 Pendatang Asing Gagal...

SANDAKAN - Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) menggagalkan cubaan 19...

Isu Peluk Ifa: Hisyam...

GANDINGANNYA bersama Ifa Raziah pada konsert akhir Gegar Vaganza minggu lalu turut memalit kontroversi...

Penahanan @pipiyapong Tiada Kaitan Dengan TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan terlibat dengan penahanan seorang netizen yang dikatakan menghina baginda.

Dalam tweet balasnya menerusi Twitter HRH Crown Prince of Johor, baginda menyatakan, pihaknya tidak pernah membuat laporan polis sehingga tertangkapnya seorang netizen bernama Firdaus Abdillah Hamzah atau @pipiyapong.

“Salam Jumaat. Istana Johor tidak pernah buat report dari dulu hingga ke hari ini. Jikalau ada report ia kemungkinan dari pihak lain.

This have nothing to do with us and please pada bulan yang mulia ini saya sekeluarga ingin menjalankan tugas kami bersama rakyat dan beribadah. Terima kasih,” katanya.

Kenyataan itu sebagai menjawab ciapan Twitter Team8Rakaat yang mempersoalkan adakah penangkapan Firdaus Abdillah itu berdasarkan laporan polis dari TMJ atau pihak lain.

Kata ciapan itu, jika dari pihak lain, harap pertimbangan Tunku Ismail yang ada locus standi untuk menitahkan pihak berkenaan menarik balik laporan itu.

“Kalau Pejabat Peguam Negara di Putrajaya sudah buka kertas pertuduhan, nanti panjang pula ceritanya,” kata Team8Rakaat itu.

MalaysiaGazette sehingga kini gagal menemukan ciapan Firdaus Abdillah dalam akaun Twitternya yang dikatakan berunsur menghina TMJ kerana dipercayai sudah dipadam.


Penahanan netizen itu turut mendapat reaksi aktivis politik, Khalid Ismath yang meminta pegawai istana menarik balik laporan polis ke atas Firdaus Abdillah dan membebaskannya dengan segera.

“Tolong taq pada TMJ di sini. Jika TMJ benar-benar raikan kebebasan bersuara minta pegawai istana tarik balik laporan ke atas pipiyapong dan arah polis bebaskan beliau segera,” tulisnya.

Beliau turut menunjukkan solidariti kepada netizen berkenaan yang ditahan kerana satira politik dan mendakwa Malaysia Baharu di Johor masih ditakuk lama, selain meminta polis menghentikan penangkapan seperti itu.

Firdaus Abdillah kini ditahan di Balai Polis Tampoi, Johor untuk siasatan. – MalaysiaGazette

Kategori