Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ditumbuk, Didera Bapa Durjana...

Inilah contoh bapa yang tak bertanggungjawab! Hanya kerana tidak membawa balik rokok yang...

Kes Bunuh Jong-Nam: 14...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Disember depan...

Selangor Naik Had Umur...

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menaikkan had umur minimum untuk...

SIA Didenda RM354 Juta...

BRUSSELS - Tidak sampai sebulan didenda Penguasa Penerbangan Awam Britain (CAA) kerana banyak...

Penduduk Klang Sengsara Ramadan Tanpa Air

KLANG – Sambutan Ramadan bagi sebahagian besar penduduk daerah ini sedikit terjejas berikutan gangguan bekalan air susulan tiga paip utama pecah berhampiran projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping di sini.

Seorang penduduk, Ida Shafira Zamani, 32, berkata, kecewa dengan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang gagal menyelaraskan pergerakan lori tangki.

Katanya, gangguan bekalan air di kawasan perumahannya di Taman Perepat Indah, Kapar bermula sejak Ahad lalu namun hanya mendapat bantuan lori tangki bermula 4 petang semalam.

“Saya pernah menghantar pesanan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) pada Isnin lalu menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan keperluan lori tangki namun tiada sebarang balasan.

“Air simpanan sahaja hanya mampu bertahan sehingga kelmarin dengan terpaksa membeli air mineral untuk kegunaan harian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ida Shafira turut memaklumkan bahawa dua orang anaknya tidak bersekolah sepanjang gangguan bekalan air itu.

“Lebih mengharukan, apabila salah seorang anak berusia lapan tahun menyuruhnya menjaga adik di rumah sementara dia mengambil air dari lori tangki pada jarak kira-kira 50 meter dari rumahnya,” katanya.


Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan, M.Selventhiran mahu Air Selangor lebih peka dalam mengambil tindakan segera penghantaran lori tangki dan bukannya
membiarkan rakyat menanggung masalah tersebut tanpa bantuan wajar.

“Peliknya, Air Selangor boleh membuat pemotongan sekiranya bil tidak dibayar dan perlu membayar RM70 untuk proses penyambungan namun untuk perkara sebegini tiada pelan yang khasnya.

“Kita akan hantar memorandum berkaitannya kepada Menteri Besar, Amirudin Shari selain kepada pihak Air Selangor hari ini untuk pertimbangan sewajarnya,” katanya. – K! ONLINE

Kategori