Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penafian Tengku Zafrul Dipertikaikan

DALAM ciapan di facebooknya, Datuk Seri Najib mengulas bagaimana seorang penganalisis pelaburan turut...

Remaja Syria Cedera Diserang...

AMERIKA SYARIKAT - Seorang remaja perempuan berasal dari Syria dimasukkan ke hospital selepas...

273 Pelajar, 3 Guru...

PASIR GUDANG - Seramai 273 pelajar dan tiga guru dari 27 buah sekolah...

Lelaki Ditahan Dipercayai Curi...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki semalam, kerana dipercayai mencuri dua kereta...

Penganggur Tikam Imam Baca Al-Quran Dijel 41 Bulan

BESUT – Perbuatan gila seorang penganggur yang tergamak menikam seorang imam hanya kerana tidurnya diganggu bacaan al-Quran mangsa pada Ahad lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun lima bulan atau 41 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat memerintahkan demikian selepas tertuduh, Muhammad Khairil Nawi, 23, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Khairil yang berasal dari Kampung Bakap Jabi, Jerteh di sini didakwa menyebabkan kecederaan Mohd. Amin Md. Nor, 38, dengan menikam mangsa dengan sebilah pisau.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di dalam Masjid Kampung Apal, Jerteh di sini pada pukul 6.30 petang, 12 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada mana-mana hukuman tersebut jika sabit kesalahan.


Kosmo! Online 12 Mei lalu melaporkan mangsa, Mohd. Amin yang merupakan imam di sebuah surau di Rantau Petronas, Kerteh, Kemaman ditikam tujuh kali di bahagian dada kiri ketika mengalunkan bacaan al-Quran sesudah solat Subuh di Masjid Kampung Apal di sini. – K! ONLINE

Kategori