Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gangguan Seksual: Kementerian Kesihatan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan rapi berhubung laporan aktiviti gangguan...

Mampukah PAS Konsisten Dengan...

Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar dan S. Kisho KumariKUALA LUMPUR -- Ketika rakyat...

Cadangan Pinda Akta GST...

KUALA LUMPUR - Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 akan dipinda bagi membolehkan...

Penduduk Johor Mula Bersedia...

JOHOR BAHRU - Tempoh bertenang selama setahun bermula Januari ini sebelum penguatkuasaan sepenuhnya...

Penyerahan Jawatan PM Pasti Berlaku Melainkan…

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan roboh dengan peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada pemimpin baharu.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, PH mempunyai pelan peralihan kuasa yang menyeluruh, sekali gus dapat mengelakkan keadaan itu.

Beliau berkata, PH hanyalah pakatan yang muda dan masalah yang dihadapi sekarang juga adalah dalam jangkaan.

“Dalam PH, ramai orang memainkan peranan sebagai parti pembangkang sebelum ini, mereka perlu belajar untuk memerintah,” katanya dalam wawancara dengan China Press.

Daim juga berpendapat ramai pemimpin PH telah memperbaiki prestasi masing-masing secara berperingkat.

Diminta memberi komen tentang terhakisnya keyakinan orang ramai terhadap PH, Daim berkata: “Betul ke? Saya tidak tahu.”

Daim bagaimanapun mengingatkan kepentingan PH mengotakan janji sambil menjelaskan bahawa sesetengah perubahan dan reformasi telah berjaya dilaksanakan kerajaan pakatan tersebut.

“Ada juga bahagian yang lebih rumit kerana membabitkan pindaan Perlembagaan. Kami kalah dalam soal pindaan mengenai kedudukan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Daim percaya Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir.


“Memandangkan perkara ini sudah dipersetujui, maka beliaulah orang yang akan menjadi Perdana Menteri.

“Bagi saya, ini pasti akan berlaku melainkan berlaku pergaduhan,” katanya.

Sementara itu, Daim berkata, kerajaan memerlukan 10 hingga 15 tahun untuk menghapuskan tol, tetapi pada peringkat ini apa yang boleh dilakukan ialah mengurangkan kadarnya.

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan kajian dan sekarang sudah tiba giliran menteri untuk meneliti hasil berkenaan.

“Saya percaya menteri akan membuat pengumuman berkaitan tidak lama lagi,” katanya.

Tambahnya, pengurangan sedikit kadar tol akan menggembirakan rakyat di samping meringankan beban mereka. – MalaysiaGazette

Kategori