Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Menara KL Sasar Sejuta...

KUALA LUMPUR - Menara Kuala Lumpur (Menara KL) menyasarkan sejuta pengunjung dari dalam...

Fitnah Semata… Rafidah Nafi...

MUJUR ada yang masih mempunyai sifat kemanusiaan apabila seorang individu dengan beraninya telah...

Nik Abduh Sindir Husam...

KUALA LUMPUR - "Memang 'rare' murid tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz...

Shell Malaysia Lancar Minyak...

SHAH ALAM - Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. melancarkan tiga minyak skuter baharu...

Perbicaraan Kes 1MDB Tangguh Kali Kedua

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes membabitkan penyelewengan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion di Mahkamah Tinggi di sini ditangguh buat kali kedua bagi memberi laluan kepada perbicaraan kes melibatkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Perbicaraan kes SRC International kini memasuki hari ke-12 dan dijangka berterusan sehingga 10 Mei ini. Tarikh sambung bicara kes SRC International akan diputuskan Isnin ini.

Terdahulu, sebelum membenarkan permohonan pihak pendakwaan, Hakim Collin Lawrence Sequerah memberi amaran kepada kedua-dua pihak agar tidak menangguhkan kes 1MDB buat kali ketiga.

Perbicaraan kes 1MDB sepatutnya bermula pada 14 Mei ini manakala tarikh lain yang ditetapkan ialah 15 dan 17 Mei; 28, 29 dan 31 Mei; 10, 11, 12, 13 dan 14 Jun; serta 18, 20 dan 21 Jun.

Perbicaraan kes 1MDB akan bermula setiap hari setiap hari bermula 19 Ogos hingga 15 November, kecuali hari Jumaat.


Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion. – UTUSAN ONLINE

Kategori