Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerjasama KKM-UM Gandakan Pakar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Universiti Malaya (UM) untuk menggandakan pakar...

Semakan Keputusan ICJ Ikut...

KUALA LUMPUR - Permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau...

7 Jenazah Warga M’sia,...

SEPANG – Hujan tidak menghalang berlangsungnya istiadat penghormatan bagi sembilan jenazah mangsa tragedi...

Sangka Kena Kondem, Aliff...

SEMUA pasti sudah kenal dengan pengasas D'herbs, Datuk Aliff Syukri yang begitu terkenal...

Perdana Menteri Britain Umum Letak Jawatan

LONDON – Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini mengumumkan akan meletak jawatan pada 7 Jun selepas berdepan tekanan daripada parti pimpinannya, Parti Konservatif dan pihak pembangkang yang mendesak pengunduran beliau.

May akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara menantikan penggantinya dipilih dalam proses dua tahap yang menyaksikan dua calon akhir berhadapan undian 125,000 anggota Parti Konservatif.

Kerajaan May gagal mengawal situasi politik tidak menentu yang dilihat melemahkan peranan London dalam rundingan Brexit, selepas parti itu berbelah-bagi mengenai kaedah Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), selain peletakan jawatan beberapa menterinya.

Terdahulu, May membuat tawaran mengejutkan untuk meletak jawatan sebagai usaha akhir untuk mendapatkan sokongan Parlimen terhadap perjanjian Brexit beliau.

“Saya tahu ada keinginan untuk pendekatan baharu dan kepimpinan baharu dalam fasa kedua rundingan Brexit. Tetapi, kita perlu mendapatkan kesepakatan dalam hal itu. Saya bersedia untuk berundur lebih awal dan saya mahu buat keputusan yang betul untuk parti dan negara ini,” jelasnya. – Agensi

Kategori