Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Saya Boleh Digelarkan Supermom...

HANEZ Suraya yang baru sahaja menimang cahaya mata pertamanya hujung tahun lalu mengakui...

Polis Rampas 87kg Daun...

LANGKAWI - Polis melumpuhkan kegiatan pengedaran daun ketum dan ubat batuk secara haram...

Kisah Sebenar Kucing Digantung...

SEMALAM kecoh di media sosial perihal seekor kucing hitam yang digantung di hadapan...

Cerai Talak 3, Ibu...

DALAM kesedihan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, ada pula satu...

Pesakit Terpegun Dengan Isteri Tengku Mahkota Kelantan

KOTA BHARU – Kehadiran Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra bersama isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, petang Selasa, mengujakan pesakit dan kakitangan hospital berkenaan.

Seorang pesakit yang sedang menerima rawatan, Nur Amira Lyana Abdul Hamid, 28, berkata, sebaik didekati pasangan diraja itu, dia terus memuji kejelitaan Cik Puan Sofie.

“Ketika Cik Puan Sofie tiba di katil saya, secara spontan mulut berkata ‘You are very beautiful’, kerana terpegun dengan kejelitaannya yang dapat saya lihat depan mata.

“Saya memberitahu Tengku Mahkota bahawa sebelum ini hanya melihat isteri baginda menerusi televisyen dan surat khabar sahaja, rupa-rupanya Cik Puan memang jelita orangnya,” katanya ketika ditemui di Wad Puteri di sini.

Tengku Mahkota dan isteri meluangkan masa lebih satu jam melawat 67 pesakit di Wad Puteri dan Anggerik sambil mengurniakan zakat dan sumbangan peribadi kepada pesakit.

Ziarah baginda berdua disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Zaini Hussin dan Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali.


Turut hadir, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, yang juga Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Timbalan MAIK serta timbalannya, Dr. Nik Mohd Azlan Abd Hadi.

Sementara itu, Nik Mohd Azlan berkata baginda Tengku Mahkota mengurniakan sumbangan zakat MAIK berjumlah RM30,000 kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan HRPZ II dan sumbangan peribadi baginda kepada 67 pesakit sebanyak RM300 setiap orang.

“Tengku Mahkota sememangnya seorang yang berjiwa rakyat dan sangat kasihkan kanak-kanak malah selalu mengambil berat kesusahan rakyat negeri ini.

“Sekiranya ada terdengar mengenai kesusahan hidup yang dialami rakyat, baginda akan turun padang menziarah dan menyampaikan sendiri sumbangan,” katanya.

Kategori