Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

3 Jenis Sukan Program...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberi bayangan sekurang-kurangnya tiga...

‘Raja Taikun’ Israel Kini...

BAITULMAQDIS - Beliau pernah digelar oleh media Israel sebagai 'raja taikun', lapor agensi...

Wanita Perlu Kerap Lakukan...

KUANTAN – Golongan wanita diminta melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengetahui keadaan...

Amalan Pertanian Baik Tingkat...

PUTRAJAYA - Ladang penghasilan makanan di negara ini perlu mempraktikkan amalan pertanian baik,...

“Prestasi PH Apa? Sudah Kalah 3 PRK Berturut-Turut”

KUALA LUMPUR – Sambil tersenyum lebar dan nada menyindir, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan apa prestasi sebenarnya Pakatan Harapan (PH) menjelang setahun pemerintahannya.

“Prestasi apa? Sudah tiga kali kalah berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK),” kata bekas perdana menteri itu selepas ditanya sekumpulan wakil media di Mahkamah Tinggi hari ini.

Najib yang ketika itu dalam perjalanan ke kereta selepas menghadiri prosiding SRC International yang dikaitkan dengan dirinya bersambung esok.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan peratusan sebanyak 50 peratus prestasi barisan menteri kabinet selepas setahun PH mengambilalih pentadbiran negara.

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut mengesahkan akan berangkat untuk menemui rakyat Sabah sebelum PRK Sandakan nanti.

“Ya, saya akan ke Sandakan nanti,” katanya ringkas walaupun tidak memberikan apa-apa maklumat terperinci mengenainya.


Semalam, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sudah mengesahkan kehadiran Najib dan juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ke Sandakan pada Jumaat ini.

Najib yang terkenal dengan jenama ‘Bossku’ itu dipercayai antara punca kemenangan PRK berturut-turut selain amat di senangi oleh penduduk setempat. – MalaysiaGazette

Kategori