Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Kedai Runcit Simpan Bunga...

BUTTERWORTH - Sebuah kedai runcit di Pangsapuri Emas di sini, yang menyimpan pelbagai...

Ahmad Maslan, Kor Ming...

KUALA LUMPUR - Persaingan dua calon bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat...

Dalang Pencemaran Loji Air...

BANGI - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memastikan dalang yang menyebabkan...

Vingada Dilantik Sebagai Pengurus...

KUALA LUMPUR - Selain memegang jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada hari...

Projek RTS Digantung Hingga Akhir September

SINGAPURA – Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani satu perjanjian tambahan untuk menggantung projek Sistem Transit Rapid (RTS) sehingga 30 September ini.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata Malaysia akan membayar kos penggantungan kira-kira RM2 juta menjelang 31 Julai ini akibat penggantungan selama 6 bulan.

Loke dan rakan sejawatannya dari Singapura, Khaw Boon Wan memeterai perjanjian itu di Kementerian Pengangkutan di sini.

Perjanjian dua hala mengenai RTS ditandatangani kerajaan terdahulu pada Januari 2018.

Loke berkata, di bawah perjanjian asal, tambang sehala yang ditetapkan pada RM15 akan membebankan rakyat Malaysia yang pergi ke Singapura untuk bekerja setiap hari.

Pembinaan projek itu dijadualkan bermula tahun ini dan dijangka siap menjelang Disember 2024.

Ia bertujuan mengurangkan masalah kesesakan di Tambak Johor dan Tuas.


RTS akan meliputi laluan rel sepanjang 4km menghubungkan Bukit Chagar di Johor Baru dan Woodlands di Singapura, dengan kapasiti 10,000 penumpang sejam.

Sementara itu, Khaw berkata, Malaysia perlu membayar lebih S$66 juta (RM200 juta) jika ia memilih untuk membatalkan projek itu.

Kedua-dua menteri itu kemudiannya melawat tapak RTS di Woodlands North.

Kategori