Friday, December 20, 2024

Creating liberating content

7 Ditikam Dalam Perhimpunan...

SAN FRANCISCO - Tujuh orang dimasukkan ke hospital dengan sekurang-kurangnya dua daripada mereka...

Zahid Bidas Kenyataannya Mengenai...

KUALA LUMPUR - Kebanyakan masyarakat bukan Melayu di Malaysia bersikap bersederhana yang menghormati...

Hafarizam Tak Mengaku Terima...

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun...

AKSEM Kedah Rampas Rokok...

ALOR SETAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah merampas pelbagai jenis rokok...

Rohana Yusuf Antara Calon Hakim Besar Malaya Baharu

PETALING JAYA – Hakim Mahkamah Persekutuan, Rohana Yusuf dikatakan merupakan antara calon untuk jawatan hakim besar Malaya apabila penyandangnya Zaharah Ibrahim bersara minggu depan.

Sumber berkata, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) juga mencadangkan hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Azahar Mohamed untuk jawatan itu.

“JAC mencadangkan nama mereka apabila Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, meminta 2 nama untuk jawatan tersebut,” kata sumber kepada FMT.

Sumber juga berkata, JAC pada mulanya mengemukakan hanya satu nama bagi mengisi kekosongan itu apabila Zaharah bersara pada 16 Mei ini.

Sekiranya dipilih, Rohana akan menjadi wanita ke-3 mengisi jawatan itu selepas Siti Norma Yaakob (2005-2007) dan Zaharah (Julai 2018-Mei 2019).

Rohana, 63, dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2005 dan hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 2011.

Beliau dilantik ke Mahkamah Rayuan pada 2013 dan Mahkamah Persekutuan tahun lepas.

Minggu lepas, JAC mencipta sejarah apabila hakim Mahkamah Persekutuan, Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai ketua hakim negara wanita yang pertama.

Tengku Maimun, 59, merupakan pegawai kehakiman ke-2 paling muda menjawat jawatan tersebut, selepas bekas ketua hakim, Suffian Mohamed Hashim dilantik ketika berusia 57 tahun.


Umur pesaraan wajib bagi hakim kini ialah 66 tahun ditambah lanjutan 6 bulan.

Tengku Maimun dan Azahar merupakan 2 nama untuk jawatan ketua hakim negara apabila perdana meneri meminta 2 nama.

Pada mulanya JAC dikatakan mengemukakan hanya satu nama.

Di bawah Perkara 112B perlembagaan, Agong melantik hakim, termasuk empat pentadbir kehakiman tertinggi atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

Azahar, 63, dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan pada 2014 dan berpengalaman luas di Pejabat Peguam Negara sebelum di lantik sebagai hakim.

Beliau dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2004 dan dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian sebelum dilantik ke Mahkamah Rayuan pada 2011.

Azahar juga merupakan bekas anggota JAC seramai 9 orang yang mencadangkan kenaikan pangkat hakim. – FMT

Kategori