Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Mufti Wilayah Pertahan Institusi...

KUALA LUMPUR - Istitusi tahfiz sewajarnya dihormati dan kesalahan individu tidak wajar dikaitkan...

1MDB: Tony Pua Bertegas...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee bertegas untuk meneruskan...

Hebat! Anak Melayu Bersantai...

SEMUAƃā€šĆ‚Ā sudah maklum bahawa Kutub Utara dan Kutub Selatan merupakan ceruk benua paling sejuk...

DAP S’wak Keluar Pakatan:...

KLANG - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali hari ini...

Rumah Sewa Siti Kharina Diketahui Selepas Mayat Ditemui

SHAH ALAM – Polis pada awalnya tidak mengetahui tentang kewujudan rumah sewa mangsa bunuh, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, kerana laporan awal yang diterima mengatakan Ketua Jururawat Hospital Serdang itu tinggal di kuarters kakitangan bersama rakan-rakannya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kewujudan kondominium di Cyberjaya yang disewa Siti Kharina hanya terbongkar setelah polis dimaklumkan tentang penemuan mayat seorang wanita oleh pemilik kondominium tersebut.

ā€œDalam laporan kita dimaklumkan yang mangsa tinggal di kuarters kakitangan bersama rakan-rakannya dan kita tahu tentang rumah sewa tersebut selepas pemiliknya melaporkan tentang penemuaan mayat,ā€ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mayat Siti Kharina ditemukan dalam keadaan tidak lengkap berpakaian dan terdapat kesan kelar dileher, dada serta kepala pada Rabu, sekaligus menjawab misteri kehilangannya sejak 8 Mei lalu.

Pembunuhan itu terbongkar selepas pemilik kondominium yang datang ke rumahnya untuk membaik pulih mesin pencuci pakaian gagal menghubungi Siti Kharina sebelum melihat darah mengalir keluar dari pintu kediaman terbabit kira-kira pukul 2.30 petang.


Susulan itu polis menahan suspek utama iaitu lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun di Cheras Sentral kira-kira jam 3 petang semalam dan dia kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan selepas tangkapan awal dibuat ke atas seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria.

Siti Kharina sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang masing-masing berusia antara 10 hingga 14 tahun dan kehilangannya hanya disedari rakan serumah, apabila dia tidak pulang serta tidak hadir bertugas.

Kategori