Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Dibawa...

Kota Tinggi - Kanak-kanak lelaki 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai...

UMNO Anjur Himpunan Solidariti...

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengadakan perhimpunan solidariti menyokong rakyat Palestin sebagai protes...

1,000 OKU Kunjungi Karnival...

PUTRAJAYA - Seramai 1,000 orang kurang upaya (OKU) dijangka mengunjungi Karnival Kerjaya Kemahiran...

KPDNHEP Rampas Kasut Tiruan...

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak merampas...

Sikap Rakyat Punca Pekerja Asing Ke Negara Ini

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kehadiran pekerja asing ke dalam negara ini berpunca daripada sikap rakyat yang tidak mahu membuat kerja tertentu walaupun mereka sebenarnya mampu melakukannya sendiri.

Ujar Perdana Menteri, maka peluang itu direbut oleh pekerja asing.

“Akhirnya, mereka akan menjadi kaya dan kita pula kekal atau menjadi miskin,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Kata Perdana Menteri, kerajaan sedar akan kebimbangan rakyat berhubung kebanjiran pekerja asing di dalam negara.

Sehubungan itu, ujar beliau, kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan hanya apabila mereka benar-benar diperlukan oleh sektor-sektor yang kurang sambutan pekerja tempatan seperti sektor jenis 3D (Dirty, Dangerous & Difficult).

“Ingin saya tekankan bahawa dasar kerajaan amat jelas bahawa keutamaan pekerjaan di Malaysia adalah kepada warganegara,” katanya.


Yang hadir sama, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Lebih 5,000 yang terdiri para pekerja di dalam kalangan perkhidmatan awam dan swasta hadir memeriahkan sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 itu yang pertama kali di bawah pentadbiran kerajaan baharu. – UTUSAN ONLINE

Kategori