Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peniaga Pekasam Mengaku Tidak...

SEPANG - Seorang peniaga ikan pekasam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Bekalan Bahan Makanan Cukup...

LABUAN - Semua langkah yang sepatutnya telah diambil bagi memastikan tidak berlaku kekurangan...

Empat Pegawai Kastam Dihukum...

ALOR SETAR: Empat pegawai kastam dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Alor...

Congak Kerusi PH: DAP...

ATAS kertas, konon ada nama Melayu duduk sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum,...

Soalan Bertubi-Tubi, Najib Tumpu Kepada Telefon Bimbit

KUALA LUMPUR – Saksi ke-31, Penolong Pengurus Maybank KL, Halijah Abdul Wahab tenang menjawab setiap soalan Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah yang bertubi-tubi tentang dua syarikat berkaitan penyewelengan dana SRC RM42 juta.

Manakala bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula kelihatan lebih banyak menumpukan perhatian beliau kepada telefon bimbitnya selain cuba berswafoto semasa prosiding berlangsung.

Turut muncul di bilik bicara, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bagi memberi sokongan kepada Najib.

Prosiding tertumpu kepada Halijah yang diminta oleh Muhammad Shafee supaya memberi kepastian tentang penandatangan cek-cek dua syarikat ketika melakukan pemindahan wang ke SRC International dari Maybank.

Muhamad Shafee juga bertanyakan kepastian meminta saksi mengesahkan penandatangan Putra Perdana Construction (PPC) yang terdiri daripada Datuk Rosman Abdullah dan Jerome Lee Tak Loong.

Halijah mengesahkan bahawa Rosman adalah penandatangan untuk PPC sejak 2012, manakala Lee menjadi penandatangan pada 2014.


Saksi juga mengesahkan bahawa mereka adalah penandatangan surat arahan pemindahan dana Putra Perdana Construction.

Di samping itu, Halijah mengesahkan bahawa Rosman dan Tak Loong juga adalah Pengarah Permai Binaraya pada tahun 2014.

Halijah juga ketika di soal Muhamad Shafee mengesahkan nama asal syarikat PPC adalah Kamunting Construction Sdn. Bhd. dan kini ia dikenali pula dengan nama Orangbeam Construction Sdn. Bhd. –MalaysiaGazette

Kategori