Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Banjir: Sebuah Sekolah Ditutup...

MIRI - Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit di Miri menjadi satu-satunya sekolah di...

Guru Maut, Kereta Kancil...

REMBAU - Seorang guru maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya melanggar sebuah...

KPKT Tetap Ambil Alih...

PETALING JAYA - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengambil...

Jangan Jadi Dalang Cetus...

KUALA KANGSAR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan...

“Terima Kasih Malaysia Doakan Ainul Mardhiah”

SEPANG – “Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang doakan Ainul Mardhiah supaya kembali normal seperti bayi lain.”

Itulah luahan hati bapa bayi perempuan itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 sebelum berlepas bersama anaknya ke United Kingdom malam tadi untuk rawatan anaknya yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’.

“Harapan saya doa dari rakyat Malaysia mudah-mudahan Ainul kembali ke sini dalam keadaan normal dan sihat,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Turut mengiringi adalah ibu bayi, Nurul Erwani Zaidi, 24, di mana kesemua mereka dijadualkan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH002) ke London pada jam 11.30 malam tadi.

Ainul Mardhiah kelihatan tenang dan nyenyak tidur dalam kereta sorong bayi yang ditolak bapanya.


Terdahulu, lebih 50 anggota keluarga mengucapkan selamat jalan kepada pasangan itu di KLIA di sini.

Media sebelum ini melaporkan Dr. Nur Amalina Che Bakri, doktor pakar pelatih surgikal warga Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom, bersama sekumpulan pakar pelbagai bidang, bersedia membuat pembedahan terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.

Kategori