Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Edika Yusof Pendam Hasrat...

PETALING JAYA -Ā Pelakon era 1990-an iaitu Edika Yusof berkata hasrat untuk kembali aktif...

Anggota Pasukan Penyelamat Pantai...

REMBAU - Anggota pasukan penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh...

Anggota APMM Ditemui Lemas...

JOHOR BAHRU - Seorang anggota bot ronda Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Dua ditemui...

Sapura Jadi GLC Pada...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan syarikat...

Terpaksa Ukur Baju Raya Guna Tangga

GUA MUSANG – Kepanjangan tubuh badan luar biasa yang dimiliki menyebabkan baju raya perlu ditempah khas sehingga tukang jahit terpaksa mengukur saiz tubuh badan menggunakan tangga.

Mohd. Azli Hisyam Abdul Ghafar, 25, yang berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3 mempunyai ketinggian 220 sentimeter dan kasut bersaiz 16 adalah manusia tertinggi di negara ini.

Sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, dia dijemput hadir ke kediaman Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (Peka GM), Mohd. Syahbuddin Hashim di Bandar Utama, di sini untuk tempahan baju raya.

Proses mengukur baju Mohd. Azli Hisyam mengambil masa 15 minit berbanding ukuran baju manusia normal lain hanya lima minit.

Mohd. Azli Hisyam berkata, dia bersyukur kerana Peka GM prihatin terhadapnya yang memang sukar untuk membeli baju melayu.

Katanya, ini kerana saiz yang luar biasa dan terpaksa membuat tempahan terlebih dahulu.

ā€œBayaran untuk tempahan itu mahal dan tak mampu untuk saya tanggungnya, namun mujurlah Peka GM sanggup menyediakan dan menghadiahkan baju raya itu secara percuma.


ā€œSaya juga sering berdepan masalah untuk mendapatkan pakaian biasa lain dan juga saiz kasut kerana sukar diperolehi di kedai,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Syahbuddin berkata, selain Mohd. Azli Hisyam, seramai 200 anak asnaf dan anak yatim juga bakal menerima bantuan baju raya pada 1 Jun ini.

Katanya, semua mereka yang tersenarai dan layak menerima bantuan baju raya itu sedang mengukur saiz masing-masing sebelum pengagihan dilakukan.

ā€œIstimewanya Mohd. Azli Hisyam yang mempunyai ketinggian luar biasa menyebabkan tukang jahit terpaksa membuat ukuran saiz menggunakan tangga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Kategori