Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tengku Hassanal Berkenan Tak...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin...

Mahdzir Khalid Tawar Diri...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan bertanding jawatan...

Anak Pegawai Polis Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang anak pegawai kanan polis hari ini didenda RM200,000 atau...

Gua Kelam, Taman Eko...

KANGAR: Gua Kelam di Kaki Bukit dan Taman Eko Rimba Bukit Ayer di...

Tidak Masuk Akal Tanam Padi Waktu Malam

ARAU – Cadangan kerajaan untuk memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam disambut sinis oleh para petani di negeri ini yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Pesawah, Saifullah Abi Jamrah, 34, berkata, tidak pernah lagi dalam sejarah hidupnya sebagai petani mendengar cadangan menanam padi pada waktu malam.

Katanya, sebelah malam adalah waktu sesuai untuk mereka berehat selepas seharian penat mengusahakan tanaman tersebut.

Dalam masa sama, kata pesawah dari Guar Sanji itu, menanam padi pada waktu malam juga boleh mengundang risiko terdedah dengan ular dan binatang lain di kawasan bendang.

“Bukan sahaja bahaya, malah kos juga bertambah apabila perlu memasang lampu selain padi tidak sesuai ditanam waktu malam.

“Sekarang barang mahal, takkan kami perlu mengeluarkan lagi kos untuk membeli lampu.

“Saya lihat cadangan itu (tanam pada waktu malam) adalah sangat tidak sesuai dan tidak masuk akal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan bakal memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam dalam usaha membantu mempermudah dan meringankan kerja rakyat.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilaporkan berkata, inisiatif itu juga sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing yang kini mencecah tujuh juta orang.

Seorang lagi petani, Zamzuri Ishak, 34, berkata, para petani bukanlah malas atau ‘takut’ untuk bekerja dalam cuaca panas kerana mereka sudah biasa dengan keadaan seperti itu.

Katanya, daripada mencadangkan padi ditanam pada waktu malam adalah lebih baik kerajaan mencari jalan membantu para petani dengan memperkenalkan idea-idea baharu untuk mempertingkatkan pendapatan mereka.

“Kami sudah lama bekerja di bawah panas terik matahari dan tidak menjadi masalah. Mana ada dalam dunia ini, orang tanam padi waktu malam. Cadangan yang tidak masuk akal,” katanya yang mengusahakan tanaman padi sejak 20 tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Kategori