RIYADH – Kerajaan Arab Saudi bakal menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan laungan azan peringkat antarabangsa dengan menawarkan hadiah jutaan riyal dengan permohonan dibuka sehingga 22 Jun ini.
Arab News melaporkan, perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Am Arab Saudi bagi Hiburan (GEA), Turki al-Sheikh dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, pertandingan tersebut bertujuan untuk memberikan pengalaman mengenai Islam kepada dunia.
“Pertandingan itu mengetengahkan kepelbagaian kebudayaan dalam dunia Islam yang menampilkan pelbagai cara membaca al-Quran dan melaungkan azan.
“Penganjur berharap dapat meningkatkan kefahaman dan pembacaan al-Quran kepada belia Muslim,” jelasnya.
Tapisan permohonan akan dilakukan sehingga 22 Ogos dengan pemenang diumumkan Oktober ini.
Turki memberitahu, peserta daripada seluruh dunia dipelawa menyertai pertandingan tilawah al-Quran yang menawarkan hadiah 5 juta riyal (RM5.59 juta).
“Bagi pertandingan azan, selain pemenang menerima hadiah 2 juta riyal (RM2.24 juta) mereka berpeluang melaungkan azan di Masjid Nabawi,” jelasnya. – Agensi
Today we announce the launch of the largest Quran competition and the first Athan competition with total prizes of 12 millions SAR. For registration: https://t.co/RKtrM9pauI pic.twitter.com/H5ulGSH5sF
— تركي آل الشيخ (@Turki_alalshikh) May 22, 2019