Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

105,056 Ahli PKR Mula...

KUALA LUMPUR - Seramai 105,056 anggota PKR layak untuk mengundi pada pemilihan parti...

Polis Tumpas Geng Curi...

BALIK PULAU - Polis melumpuhkan geng curi kereta Proton dikenali sebagai 'Geng Thiaggu'...

2 Lelaki Curi Koleksi...

WASHINGTON DC - Dua orang pencuri yang dikenal pasti pihak polis Amerika Syarikat...

Maszlee Letak Jawatan Bukti...

MEMBAKUT - Peletakan jawatan Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan menunjukkan Pakatan Harapan (PH)...

TMJ Bayar Zakat RM1 Juta

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat fitrah sebanyak RM1 juta bagi tahun ini dalam satu pertemuan yang diadakan di Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter peribadi putera Sultan Johor itu, penyerahan bayaran zakat berkenaan telah disaksikan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot bersama Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Dalam majlis sama, Tunku Ismail yang juga Pengerusi MAINJ turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari majlis berkenaan kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.

Terdahulu, ayahanda Tunku Ismail, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga telah melaksanakan ibadah berkenaan selepas membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun ini. – Sinar Harian

Kategori