Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

“Tergamak Roboh Rumah Bekas...

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin hari ini menerima kecaman ramai termasuklah...

Sia-Sia Jer Terjun Hotel...

INILAH yang dikatakan "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga."Gara-gara tidak mahu...

Tiada Lagi Hukuman Mati...

PETALING JAYA – Berkuat kuasa hari ini tiada lagi hukuman mati mandatori dan...

GPS Nafi Ada Wakilnya...

NAFI... Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terpaksa 'gigit jari' apabila cubaan jentera mereka...

TNB Diminta Buat Penjelasan Bil Elektrik Naik

SHAH ALAM – Syarikat utiliti nasional, Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai rungutan peningkatan bil elektrik yang naik mendadak sejak kebelakangan ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada rakyat yang mengeluh berlaku kenaikan bil elektrik mereka menerusi media-media sosial.

“Minggu ini kecoh di Facebook dan media sosial berkenaan dengan bil TNB yang mendadak naik. Sekiranya kita ‘search’ TNB di ruangan Facebook, akan ada banyak keputusan keluar berkenaan rungutan pengguna TNB. “Ada yang sudah melaporkan kepada Hotline, namun rakyat terus di dalam teka teki, tidak ada pengumuman oleh TNB.

“Sudah masa pengurusan TNB menjawab kepada pengguna berkenaan kenaikan ini. Sekira ada kekhilafan dan lewat pembayaran bil, TNB perlu menjawab kepada pengguna,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin TNB menjelaskan jumlah bil elektrik yang perlu dibayar adalah berdasarkan kepada bacaan meter.

Menerusi soalan lazim (FAQ) dalam laman sesawang TNB, sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara pro rata berdasarkan bilangan hari pembilan.


TNB turut meminta orang ramai yang masih keliru boleh berbuat demikian dengan menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau melayari laman web TNB di www.tnb.com.my/faq/bm-pengebilan.

Dalam pada itu, Mohd Razlan berkata, rakyat merasakan mereka telah ditipu selagi pihak TNB tidak tampil untuk memberikan sebarang jawapan.

“Kos kehidupan rakyat semakin tinggi, tidak salah rakyat bersuara mencari kebenaran, raya juga sudah dekat! Rakyat berhak tahu sekira ada kenaikan oleh Kerajaan PH!” katanya lagi. – Sinar Harian

Kategori