Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jambatan Sementara Kampung Pulau...

GUA MUSANG - Jambatan sementara Kampung Pulau Setelu di sini, yang menghubungkan Jalan...

Malaysia Perlu Terima Kemasukan...

KUALA LUMPUR - Pemuda DAP (Dapsy) mahu kerajaaan menambah baik layanan yang diberikan...

APMM Tahan 2 Bot...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah bot nelayan Vietnam...

Jual Tanah: Kerajaan P.Pinang...

GEORGE TOWN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow hari...

TNB Tubuh Pasukan Khas Tangani Isu Bil

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menubuhkan pasukan khas untuk menangani isu bil tinggi yang akan meneliti setiap aduan pengguna terjejas akibat masalah itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan, berkata pasukan diketuai Ketua Pegawai Retail TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan akan memantau dan menyemak semua aduan diterima daripada pengguna.

Katanya, pasukan itu akan menyiasat punca peningkatan bil elektik dan pergi sendiri ke premis pengguna yang membuat aduan supaya pihaknya mendapat gambaran lebih tepat.

“Sehubungan itu, kami mengalu-alukan pengguna terjejas membuat aduan menerusi Kedai Tenaga dan TNB Careline di talian 1300885454 supaya siasatan mendalam dapat dilakukan.

“Sejak April hingga Mei, kami menerima 14,469 aduan dan daripada jumlah itu 11,331 aduan sudah diselesaikan, hanya 3,318 sahaja masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, berlaku gangguan pada sistem pengebilannya yang menyebabkan bil elektrik segelintir penggunanya meningkat kerana bacaan dilanjutkan.

“Gangguan itu berlaku pada 15 hingga 20 Mei lalu, sebab itu bacaan meter padanya dilanjutkan tempoh daripada lazimnya,” katanya.


Beliau turut memberi jaminan pihaknya tidak akan menjalankan operasi pemotongan bekalan elektrik pada musim perayaan Aidilfitri terhadap pengguna yang terjejas dengan masalah itu.

“Ia bagi memastikan pengguna dapat meraikan Aidilfitri dengan lega tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Dalam pada itu, Megat Jalaluddin berkata, berdasarkan aduan yang diselesaikan pihaknya mendapati ada beberapa punca menyebabkan peningkatan bil elektrik.

“Ia adalah tempoh bacaan bil panjang berikutan gangguan sistem pengebilan, meter lama ditukar kepada baharu, gangguan pada meter dan penambahan peralatan elektrik di premis pengguna,” katanya. – BH Online

Kategori