Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

GST Mampu Turunkan Harga...

KUALA LUMPUR - Pendekatan kerajaan memperluas skop barangan keperluan dan perkhidmatan asas dikecualikan...

Umur Bukan Penghalang Cinta...

PELAKON, Hafreez Adam mencintai Zara Zya dengan setulus hati dan tidak pernah menganggap...

Jauhi Rasuah, Salah Guna...

ALOR SETAR - Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan para pentadbir...

Perubahan Pentadbiran AS Tak...

BAGAN DATUK - Perubahan sistem pentadbiran di Amerika Syarikat yang kini diterajui Presiden...

Tragedi Christchurch: Tarrant Berdepan 51 Tuduhan Bunuh

WELLINGTON – Pengganas yang menembak mati 51 orang Islam dalam serangan berdarah ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu telah didakwa dengan tuduhan melakukan keganasan buat pertama kali hari ini.

“Brenton Tarrant didakwa dengan Akta Pengganas di bawah Seksyen 6A, Akta Tindakan Keganasan 2002,” menurut polis dalam satu kenyataan.

Pengganas kulit putih berhaluan kanan itu kini berdepan dakwaan tambahan iaitu 51 tuduhan membunuh dan 40 cubaan membunuh berhubung kejadian serangan ganas di bandar South Island tersebut.

Menurut polis, keputusan untuk mendakwa Tarrant dibuat selepas rundingan bersama pendakwa raya dan pakar undang-undang kerajaan.

Pihak berkuasa juga telah bertemu dengan waris keluarga mangsa untuk memperjelaskan tentang dakwaan tambahan ke atas suspek pengganas itu.

“Polis komited untuk menyediakan semua sokongan yang diperlukan untuk proses yang mencabar emosi waris keluarga dan mangsa terselamat dalam serangan tersebut,” kata jurucakapnya.


Warga Australia berusia 28 tahun itu kini ditempatkan di penjara dengan kawalan keselamatan ketat di Auckland yang terletak kira-kira 1,000 kilometer di utara Christchurch dan turut diarahkan menjalani pemeriksaan mental.

Difahamkan, tuduhan ke atas ekstremis itu tidak dibuat secara meluas kerana Akta Tindakan Keganasan baru diperkenalkan di New Zealand pada 2002 dan belum digunakan di mahkamah. Perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 14 Jun depan. – Agensi

Kategori