Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mahkamah: Muhammad Shafee Kembali...

KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali mewakili bekas...

Saya Berjuang Sehingga Tamat...

PALEMBANG - Juara boling Masters Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Muhammad Rafiq Ismail berkata...

Pemandu Lori Didenda RM2,000...

PETALING JAYA - Gara-gara mempunyai tatu melambangkan anggota kongsi gelap di tubuhnya, seorang...

Keadaan Adib Makin Positif,...

KUALA LUMPUR - Anggota bomba yang cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri...

Tugas UMNO Lebih Mudah Kerana Mentaliti Kerajaan PH

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menyifatkan tugas parti itu sebagai pembangkang menjadi lebih mudah apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri gagal mengubah mentaliti mereka sebagai pembangkang sebelum ini sehingga mengundang resah di kalangan rakyat.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat makin resah dengan apa yang berlaku terutama berkaitan kos sara hidup yang terus menekan dan janji PH yang belum tertunai.

“Kos sara hidup semakin menekan dan segala janji bulan bintang yang belum tertunai oleh PH menjadikan rakyat terus marah.

“Janji penghapusan tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak tertunai menjadikan rakyat kecewa dan tempias itu menjadi impak positif kepada UMNO khususnya,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO perlu menjadi pembangkang berwibawa bagi tahun kedua ini dengan terus menjuarai isu-isu rakyat agar diberi perhatian oleh kerajaan PH.

“Bukti tugas kita sebagai pembangkang ada yang berjaya sepanjang setahun ini, apabila kerajaan PH banyak melakukan u-turn (patah balik) hasil desakan kami.

“Jika desakan itu demi kepentingan rakyat, apa salahnya,” katanya.


Bagaimanapun katanya, UMNO perlu sentiasa melakukan penambahbaikan ke arah transformasi parti ke arah wajah baharu yang berpaksikan kepada asas pembinaannya dahulu.

“Pegang asas yang dibina oleh pejuang dahulu, di samping Islam sentiasa menjadi tunjang dalam perjuangan.

“Dari segi sokongan juga, ahli akar umbi nampaknya terus nyatakan sokongan dan bertambah semangat, terutama sejak kemenangan BN untuk tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini,” katanya. – Sinar Harian

Kategori