Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kelab UMNO Luar Negara...

MEDAN - Sebanyak 14 cawangan Kelab Umno Luar Negara Indonesia menzahirkan sokongan padu...

Kekurangan Ruang, Flat Ditebuk...

KEBIASAANNYA tak ramai yang sukakan kediaman mereka berada di tengah-tengah kesibukan kota raya...

Tak Akan Ada Fenomena...

KUALA LUMPUR - Fenomena 'bossku' tidak akan menjadi jika Pakatan Harapan (PH) menunaikan...

Tiba-Tiba Saudi Mula Rapat...

BERSEJARAH... Berita ini mungkin agak kecil, namun ramai penganalisis geopolitik antarabangsa melihat warkah...

Ugut OCPD: Pengerusi DAP Jerantut Ditahan

KUANTAN – Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kerana dipercayai mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan pada Khamis lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad berkata, Why Leong ditahan pukul 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Selepas diambil keterangan, dia (Why Leong) dibebaskan dengan jaminan polis. Telefon bimbitnya turut dirampas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, laporan polis dibuat Mazlan pada Jumaat lalu selepas menerima mesej berbaur ugutan daripada Why Leong menerusi aplikasi WhatsApp.

Mesej berbaur ugutan itu dipercayai susulan tindakan sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPD Jerantut yang menjalankan operasi membanteras penjualan minuman keras tanpa lesen di daerah berkenaan.


Tindakan penguatkuasaan itu dipercayai menimbulkan bantahan beberapa pihak yang tidak senang dengan tindakan itu.

Isu berkenaan turut tular dalam media sosial Facebook sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. – UTUSAN ONLINE

Kategori