Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bubar DUN: MB Menghadap...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan...

9 Anggota Kongsi Gelap...

GEORGE TOWN - Sembilan individu daripada 27 individu yang sebelum ini didakwa mengganggotai...

Lebih 10,000 Dijangka Hadir...

KOTA KINABABALU - Lebih 10,000 rakyat mewakili  pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan belia, kakitangan awam serta individu  dijangka...

Barisan Nasional Perlukan Penjenamaan...

KUALA LUMPUR - Berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin di Pahang pada 5 Mei...

Wan Saiful Jadikan PTPTN Paling ‘Bangsat’

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab di agensi tersebut mengikut aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Aktivis sosial dan pendidikan, Adam Adli Abd. Halim berkata, perkara itu jelas apabila Wan Saiful sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan.

“Asyik bagi alasan menjengkelkan dengan kata nak bincang.

“Dia menjadikan PTPTN badan paling bangsat dalam negara,” katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Jelas Adam Adli, bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Perlis itu dilihat gagal menyelesaikan masalah berbangkit dalam PTPTN walaupun mengetuai agensi itu hampir setahun.

“Saya tak faham apa rasional kenakan sekatan seperti halang luar negeri macam ini, untuk dijadikan satu cadangan yang boleh diambil kira.

“Macam mana dia nilai prestasi diri sendiri? Wan Saiful sepatutnya bantu pelajar untuk jelaskan hutang. Ini tidak, bangkit isu lama pasal sekatan ini lagi,” katanya.


Tegas beliau, pembiayaan pendidikan bukan seperti pinjaman komersial dan PTPTN sendiri ditubuhkan untuk meningkatkan pendidikan rakyat, bukannya sebagai lubuk untuk meraih keuntungan.

“Jangan jadikan PTPTN itu sama macam syarikat korporat kewangan lain. Jangan mengambil kesempatan atas peminjam yang tiada pilihan.

“Mereka ini sebenarnya bukan ada banyak pilihan. Sudah jadi tradisi pelajar masuk universiti ambil pinjaman PTPTN, jadi jangan ambil kesempatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori