Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Industri Insurans Negara Dikuasai...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melahirkan kebimbangan industri takaful negara ini...

Tempoh Khidmat Timbalan Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Tempoh perkhidmatan Tan Sri Othman Mahmood sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya...

Video Gelek Fasha Curi...

WALAWEHH... Gelek sakan nampaknya hot mama ni! Lenggok geleknya itu berjaya menarik banyak...

Bimbang Kes Harian Covid-19...

JUMLAH kes harian Covid-19 dilaporkan didapati terus meningkat dan membimbangkan terutama kes penularan...

Warden Diburu Disyaki Liwat Pelajar Diberkas

KANGAR – Setelah kira-kira 48 jam diburu, seorang warden asrama yang disyaki meliwat dan melakukan gangguan seksual terhadap lima orang pelajar sebuah pusat tahfiz di negeri ini, akhirnya diberkas polis, tengah malam tadi.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, lelaki berusia 28 tahun tersebut diberkas di sebuah maahad tahfiz di Kuala Kangsar, Perak, pukul 12.30 tengah malam.

Katanya, polis turut merampas dua buah telefon bimbit milik lelaki berkenaan.

“Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Kangar, pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pengalaman hitam lima orang pelajar sebuah pusat tahfiz di sini, selepas mereka disyaki diliwat dan diganggu secara seksual oleh warden asrama pusat pengajian berkenaan, sepanjang bulan lalu.


Perbuatan jijik lelaki itu akhirnya terbongkar selepas mangsa yang berusia 15 tahun mengadu mengenai perkara tersebut kepada seorang guru di pusat tahfiz berkenaan sebelum mereka membuat laporan polis.

Kategori