Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sarawak Berpotensi Besar Pengeluar...

BAU - Sarawak mempunyai potensi besar sebagai pengeluar nanas negara, sehubungan itu Lembaga...

Mayat Lelaki Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemukan di kawasan Ladang Kelapa Sawit, Jalan...

Laporan Audit: Tunggakan Balik...

KUALA LUMPUR – Tunggakan balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaporkan Jabatan...

Kedutaan Palestin Tunggu Kelulusan...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Palestin di Malaysia masih menunggu kelulusan kerajaan Mesir untuk...

1MDB: Senarai Responden Terbaharu 2 Minggu Lagi

BANTING – Senarai terbaharu individu dan entiti yang terlibat dalam kes permohonan perlucutan hak sivil berkaitan dana 1MDB yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dikeluarkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu lagi.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan masa untuk membuat penelitian lanjut mengenai saksi, lokasi aset dan pelbagai aspek lain memandangkan senarai responden itu terlalu panjang.

“Kami perlu tengok balik dan menyenarai pendek dahulu nama-nama yang kami ada ini sebab ada banyak perkara perlu dibincang dengan pegawai penyiasat dan peguam negara.

“Yang mana boleh diambil tindakan undang-undang, kami akan lakukan,” katanya kepada pemberita selepas penutupan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM 2018 dan Kursus Peralihan (Pengurusan dan Profesional) di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan anggaran jumlah individu dan entiti yang bakal menerima saman itu, namun menyarankan mana-mana pihak yang pernah menerima dana berkenaan supaya memulangkannya semula.


“Sebenarnya, mereka sendiri tahu yang mereka ada terima wang (dana 1MDB) kerana ia diberi dalam bentuk cek, bukan secara tunai.

“Nasihat saya, eloklah mereka pulangkan semula (dana 1MDB) sebab tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA),” katanya.

Semalam Azam dilapor berkata, lebih banyak lagi saman akan dikeluarkan susulan suruhanjaya berkenaan memfail saman terhadap 41 individu dan entiti pada minggu lepas bagi mendapatkan kembali RM270 juta dana 1MDB.

Kategori