Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Zakaria Ketahui Nasibnya Hari...

KUALA LUMPUR - Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd...

Video: Pelajar Perempuan Belasah...

KOTA KINABALU - Rakaman video pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di...

UMNO, BN Kota Belud...

KOTA BELUD – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kota Belud akan terus menyokong...

10 Kontak Kes Zika...

KOTA KINABALU - Sepuluh orang yang ada kontak dengan kes Zika tempatan pertama...

1MDB: SPRM Saman Lucut Harta 41 Responden RM270 Juta

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memfailkan permohonan saman lucut harta di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 ke atas 41 responden.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, permohonan saman itu melibatkan bernilai RM270 bagi kes dana 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, wang yang diterima responden itu datang daripada akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, 41 responden itu adalah Bahagian UMNO, syarikat, yayasan dan entiti yang mana kes saman itu akan bermula di Mahkamah Tinggi pada 25 Jun, 10 Julai, 24 dan 31 Julai ini.

“Jumlah saman lucut harta bernilai RM270 itu merupakan sejarah bagi kes AMLA di negara ini sehingga kini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM212 juta melibatkan saman lucut harta ke atas UMNO dan beberapa pemimpinnya.

“Semua responden yang disaman ini telah didapati melanggar undang-undang kerana menerima wang daripada akaun Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas kes 1MDB di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Latheefa memberitahu, Najib dan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low tidak disenaraikan dalam permohonan saman lucut hak itu.


Namun beliau membayangkan lebih banyak permohonan saman akan dikemukakan pada masa depan dan nilainya akan meningkat.

“Bagi kes saman ini, semua responden tidak melibatkan warga asing dan hanya individu tempatan.

“Tapi kami percaya selepas fail saman ini lebih banyak lagi responden akan dikesan dalam jejak wang kes 1MDB ini.

“Semua wang responden yang berjaya diperolehi kelak akan diserahkan semula kepada kerajaan,” katanya.

Kategori