Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jamal ‘Seru’ Mahathir Jadi...

KUALA LUMPUR - Pemimpin gerakan Baju Merah hari ini telah 'menyeru' Dr. Mahathir...

Hudud: Kelantan Kena Hantar...

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan perlu menghantar semula notis untuk membentangkan Rang...

Peluang Syarifuddin Julang Gelaran...

PENDAHULU keseluruhan, Md Syarifuddin Azman berpeluang untuk bergelar juara keseluruhan WIRA KBS seandainya...

Polis Tangkap ‘Hantu’ Letak...

BEIJING - Betapa terkejutnya seorang warga emas di China apabila sering menemui kantung...

1MDB: UMNO Akan Kemuka Afidavit Balas

KUALA LUMPUR – Wang UMNO adalah dari sumber yang sah dan bukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun Setiausaha Agung UMNO menegaskan, pihaknya menghormati keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk perlucutan hak sivil itu.

“Saya sendiri selaku Setiusaha Agung sudah membaca afidavit yang difailkan oleh SPRM dan memahami asas-asas yang digunakan mereka.

“UMNO tidak mempunyai sebarang masalah untuk memfailkan Afidavit Balas, bahawa wang UMNO dalam akaun yang kini disita dan mahu dilucuthak itu adalah wang UMNO dari sumber sah dan bukan wang dari 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar memberi maklum balas itu merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya yang berkata, mana-mana individu terlibat dalam kes permohonan itu boleh memfailkan afidavit balas terhadap SPRM.

Malah katanya, ia bagi membolehkan responden mengemukakan bukti kukuh untuk menyangkal penglibatan mereka dalam skandal melibatkan syarikat pelaburan itu.

Justeru itu, menurut Annuar lagi, satu pasukan peguam sudah dilantik bagi tujuan tersebut.

“UMNO sebagai sebuah parti politik berdaftar tidak pernah berurusan dengan 1MDB, apalagi untuk menerima wang dari syarikat tersebut secara yang salah di sisi undang-undang.


“Malah saperti rakyat Malaysia yang lain,kita menanti nanti proses undang-undang yang sedang berjalan berkaitan isu ini. Kita mengharapkan proses itu berjalan secara adil dan mematuhi prinsip ‘Rule of Law’ serta pelaksanaan sistem kehakiman yang bebas dan berintegriti,” katanya lagi.

Hari ini, Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan UMNO dan enam individu lain memberi maklum balas terhadap saman pelucutan hak oleh kerajaan terhadap mereka sehingga 25 Julai.

Hakim Zaini Mazlan membuat perintah tersebut apabila tujuh kes itu disebut hari ini.

Minggu lalu, SPRM memfailkan saman pelucuthakan hak ke atas 41 individu dan entiti bagi mendapatkan semula wang yang didakwa dipindahkan daripada akaun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kerajaan cuba mendapatkan semula wang berjumlah RM270 juta.

Kategori