Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

200 Peniaga Bazar Siti...

RANTAU PANJANG - Lebih 200 peniaga di Bazar Siti Fatimah terpaksa tutup kedai...

Juruterbang Mendarat Sesuka Hati...

IPOH - Sebuah helikopter yang dipercayai mendarat tanpa kebenaran di Taman Rekreasi Sultan...

Perogol 21 Kucing Dicekup...

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki telah memperkosa sebelum membunuh 21 ekor...

Kemelut Utusan, Jangan Tuduh...

KUALA LUMPUR - Tidak betul tuduhan UMNO cuci tangan dalam kemelut yang melanda...

4 Perancang Utama MH17 Dikenal Pasti

SHAH ALAM – Laporan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) mendedahkan empat suspek dikenal pasti sebagai perancang utama insiden Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada tahun 2014.

Ia dilaporkan dalam satu sidang media di Belanda, hari ini.

Memetik Harian Metro, pasukan penyiasat JIT berkata tiga suspek adalah warga Rusia, manakala seorang warga Ukraine.

“Semuanya bekerja untuk agensi perisikan tentera (GRU) dari puak pemisah Donetsk People’s Republic ketika kejadian.

“Igor Girkin digelar ‘Menteri Pertahanan’ untuk wilayah Donetsk,” katanya.

JIT menambah, tiga daripada suspek aktif dalam gerakan bersenjata.


“Pendakwa raya akan dakwa empat suspek yang menjadi perancang utama dalam kejadian di Mahkamah Jenayah Belanda,” katanya.

Pesawat Malaysian Airlines itu meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh. Penumpang lain membabitkan rakyat Australian, Britain, Malaysia dan Indonesia. – Sinar Harian

Kategori