Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Lelaki Bakar...

IPOH - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kebakaran sebuah...

Dua Lelaki Didakwa Bunuh,...

PORT DICKSON: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh,...

Jangan Guna Pakaian Ala...

TAWAU - Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Wan Abdul...

Pelajar Perempuan KVPD Ditemui...

PORT DICKSON - Seorang penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD), Nur Alya Damia...

A. Aida Dedah Sudah Bercerai

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida mendedahkan rumah tangganya bersama pelakon, Ariff Aziz, 30, telah pun berakhir apabila mengambil keputusan untuk bercerai pada 24 April lalu.

Pendedahan tersebut dibuat A. Aida dalam satu sidang media khas yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurut A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, mereka berpisah secara baik dan Ariff melafazkan talak satu kepadanya di di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

“Jodoh di tangan ALLAH, siapa yang mahu berkahwin untuk bercerai? Semua orang mahu perkahwinan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Namun saya terima perceraian ini yang hanya mampu bertahan tidak sampai setahun,” katanya sebagaimana dipetik daripada sebuah portal berita.

Dalam pendedahan tersebut juga, penerbit ini juga mengakui sudah sedia maklum dengan status Ariff sebagai duda tiga hari sebelum mereka berkahwin sebelum ini.


Bagaimanapun A. Aida enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka dan menganggap apa yang berlaku itu sebagai ketentuan jodoh.

Pasangan ini telah berkahwin pada 21 Julai 2018 di Hotel Grand Dorsett Subang. Ini merupakan perkahwinan kali keempat buat A. Aida. – Sinar Harian

Kategori