Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengumuman Kabinet Tangguh

PETALING JAYA: Pengumuman senarai Kabinet yang dikata diadakan hari ini ditangguhkan ekoran Perdana...

Perkembangan Di Johor Dorong...

KANGAR - Perkembangan politik di Johor memberi dorongan lebih kuat kepada MCA untuk...

Dewan Rakyat Terima Proklamasi...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13, yang...

MB Selangor Positif Covid-19

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari didapati positif Covid-19 hasil ujian PCR yang dijalankan...

‘Abang Botak’ Dibebaskan Dari Penjara

PETALING JAYA – Abang botak yang dihukum penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta menggunakan topi keledar hanya sempat bermalam enam hari di penjara sebelum dia dibebaskan sementara daripada menjalani hukuman tersebut.

Ia berikutan Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman itu.

Hasil semakan Sinar Harian, pendengaran permohonan itu berlangsung di hadapan Majistret Nur Shahira Abdul Salim, Jumaat lalu.

Mahkamah menetapkan RM6,000 sebagai jaminan dan memerintah abang botak atau nama sebenarnya Danial Tan Abdullah melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan.

Polis berjaya memberkas lelaki yang dipercayai memecahkan cermin sebuah kereta dinaiki seorang wanita di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, baru-baru ini.

Sementara itu, semakan juga mendapati, Danial, 31, turut memfailkan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.

Peguam yang mewakili Danial, Nur Rafiuddin Maswari mengesahkan perkara tersebut.


Pada 31 Mei lalu, mahkamah menjatuhi hukuman itu selepas Danial yang bekerja sebagai pembantu stor kilang mengaku bersalah memecahkan cermin hadapan kereta Produa Axia milik Siew Chean Voon, 58.

Keputusan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke penjara kerana tidak membuat permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman.

Terdahulu, tular video di laman sosial mengenai kejadian tersebut dan polis berjaya memberkasnya. – Sinar Harian

Kategori