Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Individu Berjaya Diminta Bantu...

BESUT - Individu yang berjaya dalam pelbagai bidang sama ada dalam atau luar...

Tali Gantung Tiba-Tiba ‘Ghaib’...

JAKARTA - Penduduk di sebuah perkampungan di Kalimatan Tengah gempar apabila tali gantung...

Pulihkan Martabat Identiti Melayu...

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya untuk identiti bangsa dan budaya Melayu serta...

2 Penjenayah Terbabit Samun,...

SEREMBAN - Dua penjenayah dipercayai terbabit dalam kegiatan samun dan pecah rumah ditembak...

Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Perlahan Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat jam 10 pagi ini berikutan orang ramai berpusu-pusu meninggalkan kampung halaman sebelum berakhir cuti Aidilfitri.

Maklumat daripada PLUS Trafik menunjukkan trafik pagi ini sesak di Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura menuju ke Malaysia sementara perlahan dari Tangkak ke Jasin.

Trafik turut dilaporkan perlahan selepas terowong menuju hentian sebelah Simpang Pulai (Selatan), kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah ke Bidor, Bidor ke Sungkai dan Bukit Tagar ke Bukit Beruntung.

Keadaan trafik perlahan turut berlaku dari Bukit Merah ke Taiping (Utara) kerana terdapat satu kemalangan di Kilometer (km) 204.2 arah selatan menyebabkan lorong kanan terhalang.

Maklumat daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Trafik pula menunjukkan bahawa trafik perlahan dari Karak ke Plaza Tol Bentong dan Lentang ke Bukit Tinggi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Kategori